Saturday, 31 March 2018

LATIH DIRI KAWAL EGO

Setiap manusia mempunyai sisi ego yang tersendiri. Sedikit atau banyak, tetap dinamakan ego. Saat tersedar bahawa ego sedang mengusai diri, check balik, dari mana datangnya ego tersebut. 

Jika ego itu datangnya dari terkenalnya diri di khalayak, maka ambil lah masa untuk asingkan diri dari khalayak.

Jika ego itu datangnya dari jawatan besar yang disandang, maka lepaskan dahulu jawatan tersebut untuk yang lebih layak.

Jika ego itu datangnya dari perdebatan yang rancak, maka latih diri untuk berfikir sebelum berbicara ataupun banyakkan berdiam.

Jika ego itu datangnya dari ilmu yang dipelajari, maka perbaharui lah niat yang baik setiap kali ingin menuntut ilmu.

Banyakkan bermuhasabah saat berundur dari terlibat dengan perkara yang menjadi punca terbentuknya ego dalam diri. Tika buah kekuatan dalaman sudah cukup ranum, maka kembali lah semula berkhidmat untuk agama-Nya.
Semoga Allah redha.